Pengantin Ramadan by Ameera Ameer

Pengantin Ramadan by Ameera Ameer from  in  category
Read using
(price excluding 0% GST)
Author: Ameera Ameer
Category: Romance
ISBN: 9789671831502
File Size: 1.67 MB
Format: EPUB (e-book)
DRM: Applied (Requires eSentral Reader App)
(price excluding 0% GST)

Synopsis

“Maaf mencelah tapi kalau pak Harun tak keberatan, saya bersedia berkahwin dengan Ara.” – Herman Sebaris ayat itu benar-benar merubah kehidupan seorang Adra Nur. Kerana fitnah, dalam sekelip mata sahaja dia bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. “Macam mana Ara nak reda kak kalau Ara tak kenal dengan bakal suami Ara?” – Adra Bagi Herman pula, peluang itu ibarat bulan jatuh ke riba. Keinginannya untuk beristeri sudah terpampang di hadapan mata setelah beberapa orang calon pilihannya ditolak mentah-mentah oleh ibunya. “Elehhhhh! Buat muka kesian konon. Tapi ada mak tak bagi kau kahwin? Ada? Ada?” – Mak Cik Yah “Memanglah tak ada tapi calon Man asyik mak reject aje,” – Herman “Cuba kau fikir, macam mana mak nak setuju kalau pilihan kau tak senonoh semuanya? Si Milah tu, umur dah 45 tahun. Tak ada yang muda lagi kau nak kahwin? Baru kahwin lima enam tahun dah menopos dah dia. Berangan nak anak selori. Kau ingat dia kucing boleh beranak lima enam kali setahun?" – Mak Cik Yah Sayangnya perkahwinan itu tidak disenangi oleh mak cik Semah dan Suhaila kerana rancangan mereka untuk menyatukan Adra dan samseng kampung bernama Leman tidak berjaya. Sejak itu juga kebencian mereka kepada Adra semakin menjadi-jadi. “Tapi, betul ke mak abang Herman akan ceraikan dia?”- Suhaila “Iya. Kau percayalah cakap aku. Herman tu kahwin dengan dia sebab kesian aje. Emak si Herman terima pun sebab terpaksa aje tu. Kau bukan tak tahu mak cik Yah tu orangnya macam mana. Garang nak mampus dan jahat mulut pulak tu,” – mak cik Semah Adra dan Herman, mereka berbeza tetapi perbezaan itu semakin merapatkan mereka. Melayan sikap Herman yang agak kebudak-budakan dan gila-gila, hidup Adra penuh dengan gelak dan tawa. “Elehhh! Takut abang Man mengintailah tu kan?” – Herman “Eh! Tak. Bukan macam tu. Hurmmm….Ara...Ara...tak selesa.” – Adra “Alaaa…kalau abang Man mengintai pun bukannya berdosa. Bini abang Man bukannya bini jiran sebelah.” - Herman Tapi benarlah, bukan namanya manusia jika tidak diduga. Sedang mereka asyik mencipta bahagia, dugaan datang tanpa dipinta. Herman terduduk dan Adra pula diam tak terkata. Akan berjayakah kasih sayang dan cinta mereka mengatasi semua rintangan atau rebah dek dengki khianat manusia?

Reviews

File Tak Bole Dibaca
by Izzati Ali on October 21, 2020

xboleh dibaca. Keep showing 2nd page walaupon dh slide so many times. Please do some fixes

Pengantin Ramadan
by Ixora Riana on November 16, 2020

Best gilaaa!! Serius tak tipu. Jalan cerita tak klise. Watak semua orang kampung je. Takde Datuk, Tan Sri dan Dato Sri terlibat dlm cerita ni. Hero pn kerja ternak kambing dan bela ikan je. Tak kacak mana. Heroin pn biasa2 je. Ni baru la cerita rakyat marhaen biasa. Asyik hero anak orang kaya, pewaris Megah Holding, kacak dan bergaya.. mak mentua tak suka menantu pilihan anak lelaki.. bla.. bla.. bla.. bosan dah aku baca. Pengantin Ramadan mmg best sbb kelakar. Plot pn tersusun cantik. Yg tak cantiknya aku tak boleh baca melalui hp. Alignment lari. Aku dapat baca ni pn melalui tab. Tapi sakit hati jugak la dgn technical error dia.. Katakan lah kita dah baca sampai page 218, tetiba jari tersalah scroll, terus dia exit story ni. Jenuh la jari kena scroll balik selai2 page sampai kita jumpa page yg kita tengah baca tadi. Puas jugak la tahan sabar. Nasib cerita best. Haha. Tu kalau baca dari tab la. Kalau baca dari hp, mmg kelaut terus. Pecahan bab pn takde. Taktau apa masalah eSentral utk cerita ni. Aku suggest korang baca versi cetak jela. Lg puas hati. Aku rate bintang tinggi sebab cerita ni best je. hehe

Pengantin Ramadhan
by Rose Linda Bt Zakaria on November 22, 2020

saya tak habis baca lagi.. sebab saya rasamacam tak berbaloi saya beli dengan harga yang mahal tapi cerita tak penuh.. maksud saya sambungan dari muka surat ke muka surat seterusnya tergantung plot cerita dia

Fail Tak Boleh Nak Baca
by siti salwa binti zakaria on December 29, 2020

E sentral versi sekarang ni byk fail corrupted. Bila nak baca swipe next page tetiba hilang terus ke home. Really annoying. Please fix it. Kalau boleh tak tekan star i would rate no star at all.

Pengantin Ramadan
by e-Sentral on December 30, 2020

Kepada readers yang disayangi,

Sekiranya anda menghadapi sebarang isu teknikal di dalam apps reader eSentral, kami sarankan anda untuk pastikan apps reader anda adalah version yang paling latest.

Sekiranya memerlukan bantuan, klik pada butang "Support" yang terdapat di bawah kanan website ini

Terima kasih

Pengantin Ramadhan
by hasMArul on January 19, 2021

Slow but nice

Dah lama beli, baru sempat baca
by Riana Ismail on February 08, 2021

Best jalan cite ni. Love sangat. Harap lepas ni buku Lelaki Introvert ada dalam versi ebook juga. Nak baca eBook sambil tgolek je

Ok Jugak
by nur eleena farihin on March 19, 2021

Best jugak jalan cerita ni.. not bad

Ok La..
by kurakuralaju on March 19, 2021

Ok la sedap jugak walaupon slow skit..

Ramadan
by Aliff Imran on March 19, 2021

Ok

Pengantin Ramadhan
by on June 17, 2021

novel penulis fav saya ni mmg x mengecewakan

Pengantin Ramadhan
by DINA RAMLI on February 25, 2022

Best

Kisah Rumah Tangga
by Niess Aziz on June 28, 2022

Jalan ceritanya ok..sweet2..cuma bagi saya menceritakan kisah seharian hidup berumahtangga di kampung..ada fitnah,caci kaki orang kampung.lebih kurang cerita korban kasih

Sangat kelakar…
by Shahliza on September 27, 2022

Baca novel ni tak boleh berhenti… mmg kelakar sangat … dari cerita cinta orang muda Ara dan Herman juga cerita cinta pasangan senior Mak Yah dan Pak Ayob dua-dua memang sangat mencuit hati dan tak kering gusi membaca kisah kedua pasangan tersebut. Terima kasih penulis dengan naskah yang sangat menarik dan menghiburkan ini.

Nice
by shahida mohamed on May 23, 2023

Sempoi dan memikat..

Write your review

Recommended