DUKA BERSULAM RINDU by Ameera Ameer
Synopsis
BLURB DUKA BERSULAM RINDU Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati, memaksa Arissa dan Idzhar menyeberangi sempadan demi satu ikatan. Sayangnya kebahagiaan itu hanya sementara apabila pelarian mereka berjaya dijejak oleh Tan Sri Ariffin. “Dengar sini Riss, papa beri Riss dua pilihan. Riss ikut papa balik dan papa tak akan apa-apakan dia atau Riss tinggal di sini tapi papa akan kucar kacirkan hidup lelaki tak guna tu dan keluarga dia. Riss pilih!” – TAN SRI ARIFFIN Demi cintanya dan masa depan Idzhar, Arissa akur. Idzhar ditinggalkan walau lelaki itu adalah segala-gala dalam hidupnya. Kehilangan Arissa membuat Idzhar nanar. Kehidupannya kosong dan jiwanya turut mati. Selama enam tahun dia setia menanti dan selama itulah dia membawa lara di hati. Pertemuan semula antara mereka kerana urusan kerja membuatkan hati Idzhar kembali bernyawa. Malangnya, pertemuan itu tidak seperti yang dia harapkan. Arissa begitu dingin dan beku. Mereka ibarat dua manusia yang terlalu asing dan tidak pernah bertemu. Tetapi demi medapatkan kembali insan yang dicintai, Idzhar sanggup melakukan apa sahaja walau terpaksa merayu dan merendahkan egonya sendiri. “Don’t you dare to touch me again!” – ARISSA SAFFIYA “Kenapa I tak boleh sentuh you Riss? Cuba you beritahu I kenapa I tak boleh sentuh you? I ada hak untuk sentuh you sebab you are still my wife!” – IDZHAR HAKIMI
Reviews
Write your review
Wanna review this e-book? Please Sign in to start your review.